Merancang pusingan penggiliran tanaman Penggiliran tanaman

Terdapat banyak faktor yang mesti diambil kira semasa merancang penggiliran tanaman. Perancangan penggiliran tanah yang berkesan memerlukan penimbangan terhadap keadaan-keadaan pengeluaran yang malar dan turun naik seperti aspek pemasaran, saiz ladang, bekalan buruh, iklim, jenis tanah, amalan penanaman, dan lain-lain.[11] Selain itu, penggiliran tanaman mesti mempertimbangkan keadaan tanah bagaimana sesuatu tanaman akan tinggalkan untuk tanaman seterusnya dan bagaimana satu tanaman boleh disemai dengan tanaman lain.[11] Contohnya, tanaman pengikat nitrogen seperti kekacang hendaklah sentiasa mendahului tanaman yang mengurangkan nitrogen; begitu juga tanaman sisa rendah (iaitu tanaman dengan biojisim rendah) harus diimbangi dengan tanaman penutup berbiojisim tinggi, seperti campuran rumput dan kekacang.[4]

Tiada had untuk bilangan tanaman yang boleh digunakan dalam satu putaran penggiliran, atau jumlah masa yang diambil untuk menyempurnakan satu putaran penggiliran tanaman.[8] Keputusan tentang putaran dibuat beberapa tahun sebelumnya, atau beberapa musim sebelumnya, atau bahkan pada saat-saat akhir apabila peluang untuk meningkatkan keuntungan atau kualiti tanah muncul dengan sendirinya.[7]


Rujukan

WikiPedia: Penggiliran tanaman https://web.archive.org/web/20190923164709/https:/... https://time.graphics/event/2281456 https://www.worldatlas.com/articles/what-is-crop-r... https://attra.ncat.org/attra-pub/summaries/summary... https://web.archive.org/web/20150513234501/http://... http://www.cefs.ncsu.edu/resources/organicproducti... https://www.ams.usda.gov/sites/default/files/media... https://web.archive.org/web/20151004172716/http://... https://www.rhs.org.uk/advice/profile?PID=373 https://attra.ncat.org/attra-pub/viewhtml.php?id=6...